Sunday, January 12, 2014

ruam susu

post kali ni nak share pasal ruam susu. yang selalu jadi kat baby yang menyusu badan (susu ibu). majoriti. tapi tak semua. kalau taip kat google 'ruam susu', pilih 'image', boleh tengok macam2 gambar baby yang kena ruam susu ni. ada yang sikit, ada yang banyak sampai naik kesian tengok baby tu. 

saya pun punya pengalaman yang sama. baby saya kena ruam susu sejak pertama kali menyusu badan. kiranya, masa dalam pantang tu, kulit muka dia tak licin dan halus mulus macam baby lain. ada ruam-ruam di muka. sekali pandang macam jerawat-jerawat kecik dan parut-parut jerawat. tahap sederhana, maksudnya tidak terlalu sikit ruam tu dan tidak terlalu banyak seperti yang saya tengok dlm gambar2 google tadi. tapi tetap risau sebab kulit baby tak licin halus mulus kan. tak jelita la gitu hahahhaa

kami jumpa paed. katanya memang perkara normal dan jarang ada kes yang membawa kepada kes lebih serius. ia tak kekal, ia akan hilang, dalam tempoh masa tertentu, tapi tak sama tempohnya bagi setiap baby. dan kebanyakan kes, tak perlu sebarang ubat pun untuk itu. baby saya, masuk 5bulan usianya, baru dapat muka yang licin halus mulus ayu jelita kihkihkih kalau tengok album aqiqah, masa tu dia 40hr, boleh nampak la bintik2 ruam kat muka dia. takpe. kenangan. dan pengalaman. :)

jadi new mommies, jangan risau. jangan stop breastfeeding. jumpa paed, check betul2. kalau bkn kes luar biasa, insyaAllah, akan hilang. tu pengorbanan yg baby kene hadapi utk dapatkan yang terbaik iaitu susu ibunya (haha ayat penyedap hati)

jadi, kalau ikut pengalaman saya dan beberapa rakan, kalau baby kena ruam susu ni,

1. lap muka baby dengan tisu basah setiap kali lepas breastfeed
2. pastikan napkin, towel kecik baby, sentiasa ditukar. jangan pakai yg sama sampai sehari suntuk.
3. kalau baby muntah susu selepas menyusu ("jeluak"), tukar baju, jangan pakai baju basah tu.
4. kalau Dr bagi ubat sapu, sapu la ikut aturan.
5. jangan bagi air masak. exclusive breastfeeding tak perlukan air masak atau apa-apa pun. susu sahaja. (ye la, kalau orang dewasa, kulit kering beruam, minum air masak banyak2 kan, baby below 6m, tak perlu k)
6. keep breastfeeding. jangan stop sebab  anda sangkakan baby alergi dgn susu anda. salah tu. tu memang susu dia. hak dia selama 2 tahun. (ceewaahhhhh) kan? betul, kan?
7. jaga makan. ibu menyusu kene pilih makanan. jangan pakai bedal je. yang dimakan tu la akan jadi susu baby. pilihan di tangan anda hihihi

tak puas hati, bimbang, jumpa dan bincang betul2 dengan paed. bagi faham betul2 masalah ni. saya prefer paed, dari Dr biasa. alang-alang nak bersoal jawab dengan sepuas hati hal-hal pasal baby ni, biar dengan yang PAKAR. puas hati. 


k
bye

Sent from my iPhone

No comments: