Wednesday, December 18, 2013

terbaik


setiap parents akan buat yang terbaik -the best untuk anak masing-masing. 
tapi 'terbaik' itu subjektif.
manakan boleh compare 'terbaik' tu diukur macam mana. 
contoh mudah, parents A rasa dirinya terbaik bila dapat belikan anaknya mini cooper lepas anaknya konvo tadika. 
dan parents B rasa dia terbaik bila dapat belanja anaknya dinner kat A&W, extra icecream root beer float, pun sempena anak dia konvo tadika pagi tadi.
jadi kat sini, yang mana satu parents terbaik??
tak adil nak compare kan. masing punya situasi tersendiri, rezeki tersendiri, untuk memberikan dan menjadi yang terbaik.
tak payah nak compare dengan orang lain.
tak perlu juga nak 'kondem' orang lain. 

ok meh kita 'masuk' ke situasi yang agak hot sekarang. 
ramai mommies (esp yang bekerjaya) yang berjuang untuk menyusukan anaknya sehingga 2tahun penuh. alhamdulillah. memang terbaik. tapi tak perlu anda (yang berkenaan sahaja) mengkritik (kadang-kala mengutuk) mommies yang memilih untuk bagi susu formula pada anak mereka. begitu juga sebaliknya. masing-masing punya situasi, permasalahan dan pemikiran yang berbeza. hormati hak masing-masing. tujuan kita sama, cuma cara berbeza. kalau hendak 'share' atau ajak atau galakkan rakan2 mommies ke dalam 'komuniti' anda, lakukan dengan baik. depa taknak ikut, tak payah la mengata. anak depa, depa punya suka lah. (opss emo pulak hahaha) 

sama juga dengan kes vaksin baby, yang vaksin baby, jangan duk selar grup yang anti vaksin tu. sama juga yang anti vaksin. jangan duk kata sesedap rasa kat depa yang duk vaksin baby depa. share info yang masing2 tahu dengan baik, cara yang cool. pastu biar la dorang fikir sendiri apa tindakan selepas tu. 
masing-masing fikirkan yang TERBAIK untuk anak dan famili. 
kita sama-sama berkongsi idea, resepi, pengalaman, petua dan sbg nya, tanpa perlu meletakkan 'gap'. 
barulah awesome! 
peace. no war.

Sent from my iPhone