Saturday, February 22, 2014

magnetic

hi
tadaaaaa
yang ditunggu dah tiba
ni lah gambar2 dalam simpanan hp, saya transform jadi magnetic piccas! err bukan buat sendiri. tempah le. hihihi
since saya ni pengumpul tegar fridge magnetic, so bila jumpa benda macam ni, teramat la excited. lagipun gambar2 dalam hp memang saya tak print masuk album pun kannnnn. jadi dari biar macam tu je, print jadi magnetic pics lagi cun. hehehe 
yeayyyy hobi baru!!!

custom made polaroid magnetic...



untuk 1st batch ni, saya order 50pcs dulu..


dan beli magnetic board kat ikea..RM44.90. cari yang kaler putih takde la pulakkkk

pastu....aktiviti nak sort semua gambar ikut kategori hehehe gigih ok.....


tadaaaaaa...dah siap...suke hati ar pattern susunan tu nak terabur ke nak ikut line ke.....


errmmmm banyak lagi space kosong tu.. kene buat lagi ni.. hahahaha


 
so sekarang, tinggal nak gantung kat dinding je..hehe cun tak? cun kannnn hahaha

nak tampal kat fridge pon boleh. tapi my fridge dah penuh dengan fridge magnetic  lain. so yang ni beli magnetic board asing, gantung kat dinding kat ruang tamu lepak2 sefamili. gitu....... depends pada taste masing2 la yekkk 
boleh la tengok gambar2 kenangan ni sambil senyum sorang-sorang, tak payah belek2 album kannnn hihihi

nak tau mana buat ni?
haaaaa saya tengok kat laman instagram ni. lepas tu semua urusan termasuk upload gambar, via whatsapp je. sangat senang..


go check it out! prices, pattern, details semua kat laman instagram tu ya! 

ni iklan seminit...
ni la koleksi fridge magnetic saya..


tak muat peti ais, ni kat dinding dapur...


ni belum campur magnetic yang dah pecah, magnet dah tercabut, dan yang 'di kidnap' orang hahahah

gtg
bye

#sharingiscaring

Sent from my iPhone



Thursday, February 6, 2014

Life Of Pi

malam semalam terjaga pukul 3am. terus tak boleh tidur. tv memang terpasang. channel 433. tertengok movie ni. 
Life of Pi.




mula-mula, tengok gitu je pasal pelakon India. ingatkan cerita hindustan. (errmmm i tak minat hindustan ya). tapi terus tertengok sampai habis.
wahhh movie yang sangat best. movie ni tahun 2012. 'Pi' tu nama orang. kisah dia survive kat tengah2 lautan pasifik dengan seekor harimau. tak boleh bayangkan dia boleh survive 227 hari di tengah-tengah lautan. macam tak logik tapi macam logik. sebab pernah baca cerita mangsa tsunami Acheh yang pernah juga 'tersadai' di tengah-tengah lautan selepas di'heret' ombak tsunami, hanya duduk di atas serpihan kayu. jadi, macam logik la kan.

tapi personally, movie yang sangat best. oh ya movie ni adaptasi sebuah novel tahun 2001. novel tajuk yang sama. hebat daya imaginasi penulis tu. paling best ialah part 'Pi' nak explain kenapa nama dia 'Pi', menggunakan konsep pi=3.142 kat kawan-kawan sekolah dia hahahaha 
lepas tu, budaya suka membaca membuatkan Pi ni orang yang 'pantas berfikir'. 

nanti kalau ada ulangan, nak record ah movie ni. BEST! 

hikhik

Sent from my iPhone

Sunday, January 12, 2014

ruam susu

post kali ni nak share pasal ruam susu. yang selalu jadi kat baby yang menyusu badan (susu ibu). majoriti. tapi tak semua. kalau taip kat google 'ruam susu', pilih 'image', boleh tengok macam2 gambar baby yang kena ruam susu ni. ada yang sikit, ada yang banyak sampai naik kesian tengok baby tu. 

saya pun punya pengalaman yang sama. baby saya kena ruam susu sejak pertama kali menyusu badan. kiranya, masa dalam pantang tu, kulit muka dia tak licin dan halus mulus macam baby lain. ada ruam-ruam di muka. sekali pandang macam jerawat-jerawat kecik dan parut-parut jerawat. tahap sederhana, maksudnya tidak terlalu sikit ruam tu dan tidak terlalu banyak seperti yang saya tengok dlm gambar2 google tadi. tapi tetap risau sebab kulit baby tak licin halus mulus kan. tak jelita la gitu hahahhaa

kami jumpa paed. katanya memang perkara normal dan jarang ada kes yang membawa kepada kes lebih serius. ia tak kekal, ia akan hilang, dalam tempoh masa tertentu, tapi tak sama tempohnya bagi setiap baby. dan kebanyakan kes, tak perlu sebarang ubat pun untuk itu. baby saya, masuk 5bulan usianya, baru dapat muka yang licin halus mulus ayu jelita kihkihkih kalau tengok album aqiqah, masa tu dia 40hr, boleh nampak la bintik2 ruam kat muka dia. takpe. kenangan. dan pengalaman. :)

jadi new mommies, jangan risau. jangan stop breastfeeding. jumpa paed, check betul2. kalau bkn kes luar biasa, insyaAllah, akan hilang. tu pengorbanan yg baby kene hadapi utk dapatkan yang terbaik iaitu susu ibunya (haha ayat penyedap hati)

jadi, kalau ikut pengalaman saya dan beberapa rakan, kalau baby kena ruam susu ni,

1. lap muka baby dengan tisu basah setiap kali lepas breastfeed
2. pastikan napkin, towel kecik baby, sentiasa ditukar. jangan pakai yg sama sampai sehari suntuk.
3. kalau baby muntah susu selepas menyusu ("jeluak"), tukar baju, jangan pakai baju basah tu.
4. kalau Dr bagi ubat sapu, sapu la ikut aturan.
5. jangan bagi air masak. exclusive breastfeeding tak perlukan air masak atau apa-apa pun. susu sahaja. (ye la, kalau orang dewasa, kulit kering beruam, minum air masak banyak2 kan, baby below 6m, tak perlu k)
6. keep breastfeeding. jangan stop sebab  anda sangkakan baby alergi dgn susu anda. salah tu. tu memang susu dia. hak dia selama 2 tahun. (ceewaahhhhh) kan? betul, kan?
7. jaga makan. ibu menyusu kene pilih makanan. jangan pakai bedal je. yang dimakan tu la akan jadi susu baby. pilihan di tangan anda hihihi

tak puas hati, bimbang, jumpa dan bincang betul2 dengan paed. bagi faham betul2 masalah ni. saya prefer paed, dari Dr biasa. alang-alang nak bersoal jawab dengan sepuas hati hal-hal pasal baby ni, biar dengan yang PAKAR. puas hati. 


k
bye

Sent from my iPhone

Friday, January 10, 2014

happy working

the 7th day of work in 2014

"if u love life, life will love u right back"


selamat bekerja semua.
bokojolah kito sekuetnyo.
bak kata Labu "selagi belum tutup mata, kerja! kerja! kerja!"




gambar : my 'work station'. andai benar bagai dikata, harga alat tulis akan naik, adoiiii tepuk dahi jugak la walau nampak benda macam remeh. 


Sent from my iPhone

Sunday, January 5, 2014

HNY!!!

happy new year
welcome 2014
yeahhhh today s 5th day and da 1st weekend of 2014

uhhhhhh nikmatnya weekend kali ni
dah lama tak rasa relax macam gini

sebulan yang lepas, bertugas sehingga 31st Dec. 2nd Jan dah start kerja semula. memang dah lama la weh tak 'merasa' weekend.
ya. sangat menikmatinya sambil tergolek2 berguling2 dengan budak kecik. malas nak buat apa2 termasuk kerja rumah. (rumah macam tongkang pecah kannnn) ahhhh tak peduli dah. nak relaxxxxxx je macam Queen. kihkihkihkih

sambil bergolek2 malas, sempat tengok 1 movie lama. 2011 kot movie ni. 
"i don't know how she does it"


oo i rasa all mommies esp yang bekerjaya wajib tengok ni. (semua dah tengok, i je yang lambat kot hahha)
dan menitik jugak la airmata sombong i ni. hahaha part paling 'terkena' ialah part dia keluarkan segala bagai jenis barang dari handbag dia. sama wehh! LOL

ok. moralnya, spend time on ur children, not money. anak-anak membesar dengan pantas, jangan terlepas moments tu. sayang. rugi. insyaAllah. moga kita semua dipanjangkan umur dan dijauhkan kesempitan masa.

ok. jom sambung bergolek2.
hikhik


Sent from my iPhone

Monday, December 23, 2013

dark shadows



malam ni rajin nk review movie2 pulak.
tapi movie lama yang dah lapuk
hahaha
out of date betul la.
(ado den kesah?)
dark shadows - movie lama gak dah. last year. 
tak tengok sebab tak suka cerita seram/ngeri.
tapi semalam dah tertengok kat astro HBO.
rupanya cerita lawak daaa
hahaha tu la. sapa suruh tak review dulu sebelum decide tak nak tengok.
btw cerita nya biasa saja.
tak la best sangat.
biasa.
tak cam pun Johnny Depp penangan mekap vampire. 

p.s : hantu pun ada bangsa masing-masing yek. hantu melayu pontianak, pocong, dll, hantu cina yang melompat-lompat tu, tampal kertas kat dahi, diam, hantu orang putih, vampire yg tido dalam keranda, hantu india? hantu siam?


Sent from my iPhone

kerat


movie lama dah.
tapi baru petang tadi tengok kat astro 131.
ayyaakkkk..
nasib baik tak tengok kat panggung.
camana lah nak support malay film kalau camni lah gayanya.
sangat mengecewakan. 
tak tau lah pendapat orang lain. 
pendapat peribadi saya, movie ni tak payah difilemkan pun takpe.
jadi drama biasa tayang malam minggu kat tv3 pun takpe. 
tu pun tak taulah boleh masuk anugerah skrin ke tak.
saya bukan terer bidang ni.
tapi sebagai penonton biasa ni, terasa sangat tak best cerita tu.
agaknya yang beratur ke panggung adalah sebab Aaron Aziz semata-mata. mungkin juga penangan nak tengok pasangan 'Nora Elena' kat panggung.
kalau penonton kritik, di katanya penonton tak support filem kita.
usahakan lah agar filem kita tu betul2 disukai penonton.
bukan semua filem kita tak best, tapi kalau semua se'pesen' macam ni, jangan lah melenting kalau penonton tak ke panggung, pastu cakap orang kita tak support filem kita. 

peace! 

Sent from my iPhone

Wednesday, December 18, 2013

NIP

“Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama 2 tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan (Surah Al-Baqarah ayat 233)”


siapa pernah kena situasi macam kat bawah ni? 
hahaha 
saya pernah.
lawak kan?
lu pikir la sendiri...



ni kes emergency ni.
memang tak dapat jumpa nursing room atau nursing room penuh.
plus, bf mommies sekarang senang.
banyak produk dijual untuk memudahkan nursing in public (NIP).
antaranya nursing cover. macam-macam pattern dan style. 
takda nya mommies (majoriti, saya yakin) nak menyusu di public tanpa cover. 

^,^


p.s: saya penyokong BF. tapi tak bermakna saya memperlekehkan mereka yang tak BF. smile :)


Sent from my iPhone

terbaik


setiap parents akan buat yang terbaik -the best untuk anak masing-masing. 
tapi 'terbaik' itu subjektif.
manakan boleh compare 'terbaik' tu diukur macam mana. 
contoh mudah, parents A rasa dirinya terbaik bila dapat belikan anaknya mini cooper lepas anaknya konvo tadika. 
dan parents B rasa dia terbaik bila dapat belanja anaknya dinner kat A&W, extra icecream root beer float, pun sempena anak dia konvo tadika pagi tadi.
jadi kat sini, yang mana satu parents terbaik??
tak adil nak compare kan. masing punya situasi tersendiri, rezeki tersendiri, untuk memberikan dan menjadi yang terbaik.
tak payah nak compare dengan orang lain.
tak perlu juga nak 'kondem' orang lain. 

ok meh kita 'masuk' ke situasi yang agak hot sekarang. 
ramai mommies (esp yang bekerjaya) yang berjuang untuk menyusukan anaknya sehingga 2tahun penuh. alhamdulillah. memang terbaik. tapi tak perlu anda (yang berkenaan sahaja) mengkritik (kadang-kala mengutuk) mommies yang memilih untuk bagi susu formula pada anak mereka. begitu juga sebaliknya. masing-masing punya situasi, permasalahan dan pemikiran yang berbeza. hormati hak masing-masing. tujuan kita sama, cuma cara berbeza. kalau hendak 'share' atau ajak atau galakkan rakan2 mommies ke dalam 'komuniti' anda, lakukan dengan baik. depa taknak ikut, tak payah la mengata. anak depa, depa punya suka lah. (opss emo pulak hahaha) 

sama juga dengan kes vaksin baby, yang vaksin baby, jangan duk selar grup yang anti vaksin tu. sama juga yang anti vaksin. jangan duk kata sesedap rasa kat depa yang duk vaksin baby depa. share info yang masing2 tahu dengan baik, cara yang cool. pastu biar la dorang fikir sendiri apa tindakan selepas tu. 
masing-masing fikirkan yang TERBAIK untuk anak dan famili. 
kita sama-sama berkongsi idea, resepi, pengalaman, petua dan sbg nya, tanpa perlu meletakkan 'gap'. 
barulah awesome! 
peace. no war.

Sent from my iPhone

Tuesday, November 5, 2013

pose pose pose lagi

lagi story pasal pose pose posing... 
selain dari photografer dari http://www.eyesofgrace.net/ , kami juga pernah buat maternity dan aqiqah photoshoot dengan photographer http://www.fazrien.com/ .. pun best dan sangat puas hati dengan hasilnya. (promote ni hahahha) ye la, barang baik kena lah share. 



opsss beliau juga adalah wedding photographer kami. ^^

so kalau nak posing area Terengganu, kami cari beliau. tapi, maternity shoot tu, kami shoot kat Putrajaya :)

saya memang suka godek - godek blog photographers, tengok gallery, gambar cun - cun... 

well, picture can tell a thousand words

the best way to pay for a lovely moment is to capture it ^^

sometimes u will never know the true value of a moment until it becomes a memory :)

xo

Sent from my iPhone

pose pose pose

akhirnya
setelah di'peram' sekian lama
hari ni baru dapat pergi collect hasil baby photoshoot ni
berbulan-bulan tertangguh
photoshoot tu masa baby tu baru meniarap
sekarang dah berkejaran dah
hihihi

ok kami buat baby photoshoot dengan eyesofgrace photography
sangat puas hati dengan hasilnya
mungkin akan jumpa mereka lagi untuk family photoshoot

thanx to Mrs.Photographer Pn.Zubye. beliau memang newborn, babies, maternity, children and family photographer. godek blog beliau di http://www.eyesofgrace.net/
memang cun gambarnya. 


tak sabar tunggu family album kami siap
:) 

yeaayyyy!!

xoxo

Sent from my iPhone

Sunday, November 3, 2013

junior

alhamdulillah
tahun ni rezeki keluarga bertambah
lahirnya 2 orang lagi junior
dapat 2 orang anak buah 
dua-dua boboy 

welcome to the world, welcome to the family, babies.... 

ni Muhammad Adam. anak buah side en.suami...lahir 11Okt... yeayyyy bertambah geng-geng Okt.... omeyyyyy nye dia.....

yang ni pulak belum ada nama.. umi walid dia baru nak finalise.... baru je selamat dilahirkan petang tadi. sepatutnya baby Okt jugak, tapi dia tak puas duk dalam perut umi dia.. jadi la overdue. hari ni baru rasa nak keluar.... yang ni anak buah side saya hehehe


makin meriah la rumah nenek dan mamatok. pening la kepala nanti nak melayan hehehe

tapi yang tak bestnya, Mama ni tak sempat nak balik tengok baby-baby lagi,tak tahu la bila boleh balik ni. masa cuti nanti kena bertugas juga. hadiah dah lama ready ni. tak sabar nyaaaaa!!!!!!!!!!

kepada ibu dan umi nya, selamat berpantang, happy breastfeeding dan selamat berjaga malam. para bapa pun, selamat berpantang juga dan berjaga malam. hihihi

semoga keluarga kami akan sentiasa dimurahkan rezeki
dianugerahkan lebih ramai juniorsssss
insyaAllah

ok anak-anak buah Mama, nanti kita jumpa ok!! tak sabar wehhhhhhhhhh

hugs & kisses
muah muahh

Sent from my iPhone

Thursday, October 31, 2013

anugerah


share dari tweet seorang teman..

"jangan kerana 
....malas, tidak tahu, kecewa, cepat putus asa...."

sharing is caring
semoga dipermudahkanNya

xoxo

Sent from my iPhone

Wednesday, October 30, 2013

paed

recommended paed!!

Dr.Serena Dass
klinik nya di Sg.Buloh. 
ni paed ke 4 yang pernah kami jumpa, paling berpuas hati dan menyenangkan. 
orangnya sangat simple, selamba dan best. 

**kami pernah jumpa paed yang 'sombong' dan garang, cakap macam nak marah, lepas tu tak pandai cakap dengan patient (mak bapak patient actually) dengan baik, walhal kita ni client dia. kita bayar dia untuk dapatkan servis terbaik. huh. sorry Datin, kami tak akan pergi klinik u dah.**











klinik simple, dan paling penting bersih. kids boleh bermain berlari berguling dengan bebas. 

i like!

xo

Sent from my iPhone


Tuesday, October 29, 2013

cubes

cubes. kiub-kiub. pelbagai kiub. kiub sayur/buah/dll. heh.

potong dan steam buah/sayur

ni carrot..


ni ubi kentang..


steam secukup rasa...
pakai steamer tupperware ok (promote promote haha)

tada.... dah lembut.... untuk di blend



blend dan masukkan dalam ice tray


ok. comot. susah kot nak handle cecair ni...

tadaaaaa... carrot cube...



ubi kentang.....


and the cube......


ni brokoli cube....


sekali buat, buat 2-3jenis, stok seminggu (weekdays), nanti pilih je 1-2ketul, campak je masuk dalam porridge/nasi baby...plus stok ayam/ikan, then bekalkan ke babysitter :)
sangat sesuai dipraktikkan oleh mommies yang berkerjaya.heh.

kalau fruit cubes lagi best. dengan mommies sekali curi seketul dua. hisap. pergghhhhh sedap terrrrrr.. saya pernah buat kiub mangga. tapi tak rasi dengan baby, jadi sembelit, terus la kita ni hisap seketul seketul sampai habis. best la pulakkkkkkkk sejuk-sejuk gitu. lagi best, kalau campak masuk dalam oat. ssllluurrrppppppppppppp :p

xoxo

Sent from my iPhone

stok ayam

cara sempoi buat stok ayam (chicken cube)

potong semua bahan-bahan di bawah ni. gaya potong, suka hati korang nak bentuk macam mana..


masuk semua dalam periuk. i prefer slow cooker. memudahkan. tak payah nak tunggu, check air takut kering segala bagai. bubuh je semua dalam slow cooker, penuhkan air.....



tutup periuk. haaa tinggal je ia mereneh berjam jam lamanya (nama pun slow cooker, memang slow la)...boleh la pegi buat keje lain dulu atau pergi membuta. tanpa risaukan air kering ke hangit ke apa, sebab itu i like slow cooker..



biarkan sampai bau nya semerbak ke seluruh rumah jiran anda. hihihi renehan tu, sehingga, isi ayam tu terlerai dari tulang. perggghhhhhhhhh sedapnya.......
agak-agak semua sayur tu dah layu, keluarkan sayur-sayur tu semua. tinggalkan tulang dan isi ayam tu dalam tu. reneh lagi. barulah ada rasa ayam sebenar. heh. agak-agak korang dah puas hati tengok ayam tu dah memang lembik dan hancur dah, punye empuk, boleh lah tutup suis, tapis air renehan tu. sejukkan. isi ayam yang ditapis tu, blend, pastu campur sekali dengan air renehan. tulang, buang. bagi kucing makan. sejukkan renehan tu. dah sejuk, bubuh dalam ice tray, masuk freezer. bila dah beku, tadaaaaaaaaaaa



jadi lah stok ayam. yang enak dan lazat, sendiri buat, sendiri puji ok. hahaha

biasanya i buat stok ni untuk seminggu. so pagi-pagi buta sebelum gi keje, masak 'nasi lembik' saja (bubur, yang tak berkuah sangat), sebelum masuk termos, letakla 2/3/4 ketul stok ayam tu, kacau rata. dijamin sedap. letak la jugak cube-cube sayur 1/2 ketul. (cube sayur, next entry).bagi babysitter suapkan baby. i bekalkan untuk 2x makan. licin.... pernah sekali tak cukup. harap-harap bukan babysitter yang makan muahahahaha

selain buh dalam bubur/nasi lembik, boleh juga buh dalam pasta. mesti baby suka :)

*lain orang, lain style. ini style saya. saje je nak cerita. heh*

da daa

Sent from my iPhone

Sunday, October 27, 2013

grad

the day has finally arrived...


congratulations buddies..

good luck to u all and wishing u the best for the future..

u will be missed..

xoxo

Sent from my iPhone

Saturday, October 26, 2013

terima kasih



alhamdulillah
syukur yang tidak terhingga
akhirnya berjaya juga untuk menyarung 'jersi' ini untuk kali ke-2
setelah 2 tahun setengah = 5 semester
akhirnya sampai di sini
syukur alhamdulillah
masa, tenaga dan wang yang dikerahguna
dalam ke'tak sangka'an
dalam 'nyawa-nyawa ikan'
dalam hampir surrender
mujur ada tangan yang terus menyokong
mujur ada bahu yang teguh untuk berpaut
terima kasih yang tak terhingga untuk kalian
1. en.suami tercinta. the great supporter. sabar melayan emosi saya yang tidak stabil tika tugasan menggunung.
tercongok tido dalam kereta menunggu saya yang sedang menjawab exam / menghadiri kuliah.
bila keluar result, dia tanya "bila masa awak study?" haha (perli ke oiiii)
last sem, menjadi mr.mama di rumah / ikut serta mengusung permata hati kami ke kampus. mama nya di library/kuliah, mereka berdua sabar menunggu di luar. 
terima kasih kerana 'marah' dgn jayanya bila saya menyebut 'saya surrender, saya nak stop'. (bila terima surat grad, dia yang 'hujan' dulu....TQ 😍😍)
2. en.afian akhbar bin mustam. terima kasih kawan. aku akui semua ni berpunca dari ko. sempat juga kita sekelas. tapi masa tu ko masih gemok. hahahhaa ye laaaaaa...aku tau, sekarang aku menten gemok sorang-sorang. hahaha
3. kakanda saya 'kekna'. bila hari kuliah,  mr.mama tak dapat jaga si kecil kami , beliau yang take over. TQVM.
4. ibubapa dan family di kampung. kerana faham dengan situasi kami yang dah tak selalu boleh balik weekend-hujung bulan. 
5. majikan yang memberi kelonggaran En.Ashaari, Pn.Zabedah dan Pn.Zarina. tak lupa terima kasih kepada Pn.Noorhayati dan Pn.Siti Zubaidah yang menjadi referrer. juga rakan setugas yang selalu faham, "asal jumaat je, ko hilang awal" hehehehe terima kasih.
6. semua lecturers dan supervisors. Dr.Sakinah dan Dr. Zanaton. jasa kalian tidak terbalas. TQ sooooooooo much.
7. rakan-rakan seperjuangan, Awin, Mai, Aini, Sham, Adah, K.Sha, Fara, dan semua. ke'tensen'an dan ke'huru-hara'an yang kita tempuh bersama, gelak-gelak dan gaduh-gaduh. di mana jua korang lepas ni, keep in touch k.. terima kasih dan tahniah untuk kalian. 

TERIMA KASIH
TERIMA KASIH
TERIMA KASIH

Sent from my iPhone

Thursday, September 12, 2013

record

sekarang ni zaman 'di hujung jari'.
semua boleh buat walau di mana anda berada.
benda dah lama tapi den baru reti kihkihkih
cara nak record rancangan kat astro, tapi masa tu korang takde depan tv dan remote control.
tapi kenalah ada hp/ipad/tab/laptop dgn capaian internet. 


sebelum tu, register dulu akaun dengan astro.com.my. 
dont worry. FOC.

           

pastu follow je step by step ni haaa













tadaaa...siap record. balik rumah nanti, tengok je. astro memang suka ulang tayang rancangan dorang banyak banyak banyak kali pun kan...tapi nak set nak tengok time kita free tu, better record je. lagi senang. tengok je ikut jadual korang free. ya dak. lagipun benda mudah. ada hp ada internet. record. tak kira korang ada kat mana. shopping mall ka, stuck dalam heavy traffic ka, tengah keje ka, dll.
sharing is caring.
da di duuuuu :)

Sent from my iPhone